Keterangan |
Untuk Tempahan Hubungi :
Call/Sms/WhatsApp : 018-6650541
Platinum Drink V’Asia
Plantinum Drink keluaran V’Asia menghimpunkan 55
jenis buah dan herba yang mampu meningkatkan tahap kesihatan anda
secara menyeluruh.
Kandungan: 500 ml
Khasiat Platinum Drink V’Asia
Menggalakkan fungsi
organ
Memelihara kesihatan
dan kecantikan kulit
Memelihara kesihatan
sistem kardiovaskular
Memelihara sistem
saraf
Menstabilkan kadar
kolestrol
Menstabilkan tekanan
darah
Membantu menentang
kanser
Melancarkan
peredaran darah
Meningkatkan tahap
tenaga dan stamina
Meningkatkan sistem
imunisasi
Membantu membakar
lemak
Merangsang keupayaan
mental
Melambatkan proses
penuaan
Meningkatkan kesihatan tubuh badan secara
menyeluruh
Kandungan Platinum Drink V’Asia
Maquiberry:
Tumbuhan yang merupakan agen antioksida ini membantu mencegah
pengoksidaan kolestrol dalam darah, sekaligus memelihara kesihatan
sistem kardiovaskular. Maquiberry juga bertindak sebagai antiradang
selain menggalakkan fungsi organ dalaman.
Delima:
Buah delima mengandungi kalium yang berperanan memelihara kesihatan
jantung, serta dan zat tanin yang berfungsi melancarkan sistem
pencernaan, membasmi bakteria, dan turut berfungsi sebagai agen
anti-oksida dan antidotum yang merawat keracunan.
Mengkudu
(Radix Morinda Elliptica): Mengkudu berkesan untuk
meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit, memulihkan
semula sel dalam tubuh, membasmi bakteria, juga melancarkan sistem
pencernaan. Selain itu, mengkudu juga membantu mengeluarkan toksin,
mengatasi masalah keputihan kegatalan dan juga menyahbau yang tidak
enak pada bahagian intim wanita.
Blueberry:
Bersifat antoksidan, blueberry amat berkhasiat untuk kesihatan
tubuh. Blueberry membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh,
menurunkan risiko penyakit jantung, mengurangkan gula dalam darah,
serta memelihara saluran pencernaan daripada jangkitan. Blueberry
juga kaya dengan polyphenol yang berupaya membakar lemak dalam tubuh
terutamanya di bahagian perut selain kandungan serat yang mampu
mengurangkan selulit. Selain itu juga, ia membantu merangsang
keupayaan mental, menajamkan deria penglihatan dan memperbaiki
struktur kulit.
Beri Acai:
Beri Acai merupakan tumbuhan yang sering terdapat di hutan hujan
Amazon dan mengandungi pelbagai khasiat untuk memelihara kesihatan.
Acai bersifat antioksidan yang mampu mengurangkan kesan radikal
bebas serta mengandungi EFA yang merupakan asid lemak yang mampu
mengurangkan kolestrol LDL iaitu kolestrol yang jahat, sementara
mengekalkan kolestrol baik ataupun HDL, sekaligus melancarkan
peredaran darah. Selain membantu melambatkan proses penuaan,
mengatasi masalah senggugut, meningkatkan tahap tenaga, menggalakkan
kesuburan dan memelihara deria penglihatan, Acai juga mampu
menyahtoksin, memperbaiki tona kulit serta meredakan tekanan. Selain
itu juga, Acai berupaya melindungi arteri, kapilari, pembuluh dan
saluran darah dengan bantuan zat anthocyanin. Kandungan kalsium di
dalam beri ini pula bertindak mengukuhkan tulang dan gigi.
Beri Goji:
Ramuan ini kaya dengan nutrien yang mampu menukar makanan kepada
tenaga dan bukannya lemak. Seperti contoh, B1 (Thiamin) yang
terkandung dalam beri Goji penting untuk menukar karbohidrat kepada
tenaga. Kalsium pula menurunkan kadar lemak dalam tubuh. Manakala
asid Amino L-glutamine dalam beri Goji dapat meningkatkan pembuatan
tisu otot tanpa lemak. Beri Goji juga mengandungi bahat mineral
seperti zat besi, magnesium, fosforus, kalium, selenium, natrium dan
zink yang penting untuk metabolisme tubuh. Beri Goji juga menguatkan
kelenjar yang bertanggungjawab untuk menjana tenaga, pertumbuhan
otot.
Manggis:
Buah manggis merupakan tumbuhan yang bukan sahaja enak dimakan,
malah mempunyai khasiat yang tinggi untuk memelihara kesihatan. Ia
bersifat antioksidann dan mampu membantu menurunkan risiko serangan
kanser dan jantung, di samping mengurangkan tahap kolestrol yang
berlebihan dalam tubuh badan. Buah manggis juga memelihara saluran
pernafasan dan pencernaan selain mengatasi sakit buah pinggang.
Prun:
Kajian pakar menyatakan pengambilan makanan berserat tinggi seperti
prun dengan berterusan membantu mencegah penyakit jantung, di
samping melancarkan sistem penghadaman dan perncernaan. Prun juga
kaya dengan vitamin K dan A yang berperanan menggalakkan penyembuhan
luka, mengukuhkan tulang serta mengawal tahap gula dalam darah
selain membantu memelihara kesihatan kulit. Prun juga berupaya
melindungi usus daripada serangan kanser dan menurunkan tahap
kolestrol yang berlebihan dalam tubuh badan.
Ganoderma
Lingzhi (Ganoderma Lucidum): Herba yang digelar herba ajaib
ini amat terkenal dalam perubatan tradisional Cina kerana khasiatnya
yang tinggi. Ganoderma Lingzhi mengandungi 16 jenis asid amino yang
bersifat antioksidan dan berperanan membina dan mengekalkan tisu
yang sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan
menghaluskan kulit. Herba ini juga kaya dengan protein,
polysaccharides dan triterpenes yang membantu menggalakkan
pertumbuhan semula sel, melambatkan penuaan, meningkatkan sistem
imunisasi. Di samping memelihara hati daripada kerosakan, Ganoderma
Lingzhi juga berupaya menyahtoksin, melegakan alahan, meningkatkan
tahap tenaga dan metabolisme, menggalakkan keupayaan mental serta
menstabilkan tahap tekanan darah dan kadar gula dalaam darah.
Kunyit:
Kunyit bertindak sebagai antiseptik untuk mencegah kuman,
menyembuhkan luka, mengatasi gatal dan penyakit kulit. Ia juga
sering digunakan sebagai skrub untuk mencerahkan kulit,
menghilangkan bintik hitam, serta menegangkan kulit.
Kismis:
Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan dan telah
terbukti khasiatnya untuk kesihatan fizikal dan mental pemakannya.
Ia mengandungi kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta
folat yang berfungsi memelihara sistem saraf, membina tulang dan
gigi yang sihat, mengekalkan tekanan darah, membantu pembentukan
kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan, membantu penukaran
karbohidrat kepada tenaga serta membentuk sel-sel darah merah dan
penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh. Kismis juga
membekalkan tenaga yang seimbang, selain meningkatkan daya tumpuan
serta ingatan.
Halia Bara:
Herba ini sering digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya
untuk merawat wanita selepas bersalin. Halia bara membantu
mengurangkan sengal-sengal badan, melancarkan sistem penghadaman,
membuang angin dalam badan serta membantu menurunkan berat badan
selepas bersalin.
Tomato:
Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam produk kecantikan ini
tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan lagi kulit. Ia
terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit, menghilangkan
bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada wajah,
mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit daripada
sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.
Beri Camu:
Tumbuhan yang kaya dengan zat vitamin C yang bersifat antioksidan
dan penting untuk kesihatan kulit ini sering terdapat di hutan hujan
Amazon di sekitar Peru, Brazil, Colombia dan Venezuela. Camu juga
mengandungi asid amino seperti valine, leucine dan serine yang
bersifat antioksidan dan bertindak membina dan mengekalkan tisu yang
sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan
menghaluskan kulit. Potassium dan flavonoid yang turut terkandung di
dalam camu pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan
menggalakkan fungsi buah pinggang.
Buah Pir:
Buah pir yang bersifat antioksidan dan antikarsinogen ini
sememangnya kaya dengan zat yang penting untuk kesihatan. Misalnya,
kandungan seratnya mampu mengawal kadar gula dalam darah di samping
membantu memelihara usus daripada serangan kanser, manakala vitamin
E yang turut terkandung di dalam buah pir pula bertindak melambatkan
penuaan dan memelihara kesihatan kecantikan kulit di samping
mencegah daripada sinaran ultraungu. Kandungan pectin ataupun serat
mudah larut pula berfungsi mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi.
Di samping meningkatkan tahap imunisasi, buah pir juga kaya dengan
vitamin C yang berperanan melindungi sel daripada kerosakan akibat
radikal bebas sekaligus membantu mengurangkan risiko serangan
kanser. Di samping itu, buah pir sarat dengan kandungan fruktosa dan
glukosa yang membekalkan tenaga kepada tubuh badan, manakala boron
bertindak mengekalkan kandungan kalsium di dalam badan untuk
membantu mencegah penyakit osteoporosis.
Markisa:
Markisa atau buah susu kaya dengan vitamin C, pro-vitamin A dan
riboflavin yang bertindak memelihara kulit daripada sinaran
ultraungu. Ia juga bersifat antioksidan yang membantu meneutralkan
kesan radikal bebas akibat pencemaran bahan kimia yang berbahaya
kepada tubuh badan. Selain berperanan menyah toksin dan mengatasi
masalah insomnia, buah markisa juga mampu membantu membasmi sel
kanser dengan bantuan kandungan phytochemical. Kandungan fosforus
yang tinggi pula membantu mengukuhkan tulang dan gigi dengan bantuan
kalsium, menstabilkan sistem penghadaman serta bertindak
meningkatkan tahap tenaga. Manakala potassium yang turut terkandung
di dalam buah markisa pula berperanan menstabilkan tekanan darah dan
menggalakkan fungsi buah pinggang.
Air Zam-Zam:
Menurut hadis Nabi, air zam-zam dikatakan mampu menjadi makanan yang
mengenyangkan di samping membantu merawat pelbagai jenis masalah
kesihatan. Ia mengandungi kandungan elektrolit yang sempurna
sekaligus membantu menggalakkan fungsi organ di dalam badan seperti
menstabilkan kandungan asid dan melancarkan penghantaran
oksigen ke semua bahagian tubuh. Air Zam-zam yang kaya dengan
kandungan kalsium, magnesium dan fluorida juga membantu meningkatkan
tahap tenaga fizikal, menyegarkan tubuh badan serta membekalkan
nutrient kepada tubuh badan.
Halba:
Halba yang turut dipanggil Fenugreek dan Methi ini mampu
mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi serta meningkatkan tahap
kolestrol baik atau HDL, di samping meredakan penyakit sendi dan
jantung, membantu melindungi hati daripada jangkitan, melancarkan
sistem pencernaan, melegakan sakit kepala dan menggalakkan
tumbesaran kanak-kanak. Kajian pakar menyatakan halba mampu membasmi
sel kanser payudara dan leukemia di samping meningkatkan bekalan
susu ibu. Selain itu, halba turut membantu membuang angin dalam
badan, melancarkan kitaran haid, mengatasi senggugut, serta
meningkatkan kandungan air mani dan tenaga batin.
Roselle
(Hibiscus Sabdariffa): Roselle kaya dengan zat vitamin C
yang bersifat antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, di
samping mengandungi serat yang bertindak melancarkan sistem
penghadaman di samping meningkatkan keanjalan kulit. Di samping itu,
Roselle yang sarat dengan vitamin B1, B2 dan D ini juga berupaya
mengurangkan kadar kolestrol jahat sekaligus memelihara kesihatan
jantung. Ia turut membantu mengurangkan risiko serangan kanser,
mengatasi masalah kulit dan insomnia, menstabilkan tekanan darah,
melancarkan sistem pencernaan, melambatkan penuaan kulit serta
meningkatkan keupayaan mental.
Aprikot
(Prunus Armeniaca): Aprikot yang sering terdapat di Amerika
Selatan dan New Zealand ini kaya dengan vitamin C yang bersifat
antioksidan dan penting untuk kesihatan kulit, serat yang mampu
melancarkan sistem penghadaman dan meningkatkan keanjalan kulit,
serta vitamin A yang memelihara kulit daripada sebarang jangkitan.
Di samping kaya dengan karbohidrat yang bertindak membekalkan tenaga
di samping memelihara otot dan mengawal kadar glukosa dalam darah,
potassium yang turut terkandung di dalam buah aprikot pula
berperanan menstabilkan tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah
pinggang. Aprikot turut membantu mengurangkan kadar kolestrol LDL
atau kolestrol jahat seterusnya memelihara kesihatan jantung.
Bawang
Putih: Walaupun Bawang Putih sering menjadi bahan masakan,
sebenarnya ia juga mempunyai kegunaan dalam bidang perubatan
tradisional. Bawang putih kaya dengan karbohidrat, magnesium, kalium
dan protein yang mampu menghapuskan parasit, membantu melancarkan
sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan meningkatkan
tahap tenaga.
Betik
(Carica Papaya): Buah yang kaya dengan vitamin C ini
sememangnya sarat dengan zat yang mampu menyihatkan kulit. Ia
berupaya merawat masalah kulit seperti jerawat, kedutan, ekzema dan
psoriasis. Betik juga mampu membersih dan menghapuskan sel-sel kulit
mati selain bertindak menghalus dan meremajakan kulit wajah anda.
Kiwi:
Kiwi kaya dengan kandungan Vitamin C, magnesium, flavonoid dan
karotenoid yang berfungsi sebagai agen antioksida dan membantu
memelihara kesihatan kulit dan organ dalaman serta mengurangkan
tahap kolestrol dan risiko penyakit jantung. Ia juga mempunyai
kandungan serat yang tinggi yang berperanan melancarkan sistem
penghadaman dan menggalakkan rasa kenyang.
Cranberry:
Cranberry yang kurang kandungan kalori ini kaya dengan serat,
Vitamin E dan C yang bertindak memelihara kulit dan juga sebagai
agen antioksida. Cranberry juga mengandungi enzim yang membantu
melancarkan sistem penghadaman.
Alfalfa
(Medicago Sativa): Turut dipanggil Lucerne, Alfalfa kaya
dengan zat vitamin A, B, D, E dan K yang bertindak memelihara
kesihatan kulit dan mencegah kerosakan akibat bahan kimia atau
sinaran ultraungu yang berbahaya di samping menggalakkan penyembuhan
luka. Di samping berupaya mengurangkan kadar kolestrol dan
menyahtoksin, Alfalfa juga mengandungi kandungan kalsium, asid
folik, zat besi, magnesium dan potassium yang membekalkan khasiat
yang tinggi seperti menstabilkan tekanan darah, menggalakkan fungsi
buah pinggang, mengangkut oksigen ke bahagian organ tubuh untuk
menggalakkan fungsi organ tersebut, serta memelihara sistem
pencernaan.
Kulit Kayu
Manis: Herba yang sering menjadi bahan masakan ini bukan
saja berkhasiat untuk kesihatan organ dalaman, malah berkesan untuk
membantu mengecutkan jerawat selain berperanan melembutkan kulit.
Epal Hijau:
Epal hijau yang kaya dengan vitamin A, B dan C ini sememangnya
mempunyai pelbagai khasiat seperti mencegah kerosakan pada sel kulit
sekaligus mengurangkan risiko kanser kulit. Ia juga mampu
mengurangkan kedutan pada wajah, merawat tekstur kulit, mencerahkan
kulit, mencegah jerawat, membasmi lingkaran hitam di bawah mata,
melembapkan kulit, dan mengekalkan kesihatan dan seri kulit wajah.
Agen antioksida dan serat yang terkandung dalam epal hijau pula
mampu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit wajah.
Madu:
Merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar
bunga, madu merupakan sumber tenaga, stamina dan pemulih tenaga
untuk badan kita selain berfungsi sebagai glukosa untuk menggantikan
karbohidrat. Ia juga mampu membasmi bakteria, merawat dan memulihkan
luka. Selain itu, madu yang bersifat antioksidan dan antibakteria
ini turut berperanan melembutkan kulit dan menghasilkan tona wajah
yang sekata selain mengurangkan jerawat, menyembuhkan luka dengan,
memudarkan parut dan menyihatkan tubuh badan.
Habbatus
Sauda: Habbatus Sauda terbukti mempunyai pelbagai khasiat
untuk kesihatan tubuh manusia. Ia mengandungi Nigellin, Sterols,
minyak Volatile dan asid lemak yang membantu memelihara saluran
pencernaan, menstabilkan kandungan kolestrol, merawat masalah
pernafasan, dan memelihara kesihatan hati. Ramuan ini juga bertindak
meningkatkan daya ketahanan tubuh, meningkatkan tahap stamina, serta
berfungsi sebagai anti-oksida.
Cordyceps:
Kajian pakar mendapati Cordyceps yang merupakan sejenis kulat ini
mampu megatasi masalah pernafasan, menggalakkan fungsi jantung dan
hati, mengurangkan kadar kolestrol serta meningkatkan sistem
imunisasi. Di samping itu, Cordyceps yang bersifat antioksidan ini
juga bertindak melambatkan penuaan, meningkatkan tahap stamina dan
tenaga seksual.
Aronia:
Beri yang turut dipanggil Chokeberry ini sering tumbuh di kawasan
Amerika Utara ini dan kaya dengan khasiat vitamin C, E, B2 dan B6
yang berperanan mengatasi pelbagai masalah kulit, melindungi kulit
daripada kerosakan akibat bahan kimia dan sinaran ultraungu yang
berbahaya. Aronia yang bersifat antioksidan juga mengandungi asid
folik yang bertindak menstabilkan tekanan darah, membantu mengatasi
penuaan, mengukuhkan tulang, serta meningkatkan keupayaan mental.
Tumbuhan ini turut berupaya menentang bakteria dan virus,
melancarkan sistem penghadaman, meningkatkan kadar kolestrol yang
baik ataau GDL, serta mengatasi masalah kardiovaskular.
Oren:
Oren bukan sahaja enak untuk dimakan, tetapi kaya dengan khasiat
untuk memelihara kesihatan tubuh badan. Oren yang kaya dengan serat,
vitamin C dan A, kalsium serta potassium ini dikatakan dapat
membantu mengurangkan risiko serangan kanser, mengurangkan kadar
kolestrol, menggalakkan fungsi jantung, memelihara deria
penglihatan, menstabilkan tekanan darah, menyihatkan kulit serta
mengatasi masalah osteoporosis.
Buah Tin:
Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3,
Omega 6 dan Kalium, ramuan ini berperanan memelihara tekanan darah,
mencegah serangan jantung koroner, meningkatkan daya ingatan,
mencegah anemia, mengurangkan kolestrol, membebaskuan kulit daripada
sebarang cela, mengembalikan tidur yang lena, serta membasmi virus.
Vitamin B6:
Vitamin B6 sememangnya penting untuk tubuh badan kita. Ia membantu
mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung,
kanser serta sindrom pra-haid atau PMS. Pengambilan vitamin B6 yang
mencukupi juga membantu meningkatkan keupayaan mental.
Temulawak:
Berasal daripada keluarga halia, Temulawak berperanan untuk
menyahtoksin, mencegah bakteria, mengawal kadar metabolisme dan
kolestrol, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, sakit kepala,
sembelit dan juga menambah selera makan. Temulawak juga berfungsi
menguatkan sendi, menurunkan berat badan dan membuang angin di
samping menyegarkan lagi tubuh badan.
Peria:
Selain berfungsi sebagai bahan masakan, peria telah digunakan sejak
berabad lamanya untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan seperti
kencing manis, buasir, cirit-birit, demam serta jangkitan cacing.
Selain itu, peria turut membantu menggalakkan pertumbuhan rambut
serta merawat bahagian tubuh yang bengkak dan berbisul.
Spirulina:
Spirulina merupakan cyanobakteria atau alga yang kaya dengan
protein, asid amino, dan Omega-3 yang membantu menghalang
peningkatan kadar glukosa atau gula dalam badan sekaligus dapa
mengurangkan risiko penyakit kencing manis, mengekalkan kandungan
kolagen dalam kulit tubuh serta membina dan mengekalkan tisu yang
sihat, menyeimbangkan protein dalam badan serta melembap dan
menghaluskan kulit. Di samping itu, spirulina turut mengandungi
chlorophyll, asid folik, vitamin B1, B2, B3, B6, B9, C, A dan E
serta potassium, zat besi, magnesium dan kalsium yang mampu
menyahtoksin, meningkatkan sistem imunisasi, mengatasi penyakit
jantung, memelihara kulit daripada bahan kimia dan sinaran ultraungu
yang berbahaya di samping mengukuhkan tulang dan gigi, menstabilkan
tekanan darah dan menggalakkan fungsi buah pinggang.
Anggur:
Anggur sememangnya kaya dengan vitamin K yang tinggi untuk membantu
penyembuhan luka dalam badan, selain mengukuhkan kandungan kalsium
pada tulang dan mengawal tahap gula dalam darah. Vitamin B2 yang
turut terkandung di dalam anggur pula berfungsi menentang radikal
bebas, meredakan migraine, merawat anemia, serta membekalkan tenaga
kepada tubuh badan. Selain itu juga, anggur melancarkan tekanan
darah, menstabilkan kadar kolestrol, serta meningkatkan kandungan
glutathione di dalam darah, di samping melambatkan penuaan,
menggalakkan keupayaan mental, serta membantu menentang kanser dan
radang.
Daun Belalai
Gajah: Daun yang bersifat antioksidan ini dikatakan mampu
memelihara sel-sel tubuh di samping menentang sel-sel kanser. Selain
itu, daun belalai gajah yang kaya dengan asid amino ini juga mampu
menyahtoksin, melancarkan peredaran darah, menstabilkan kadar
kolestrol serta berupaya membantu mengatasi masalah buah pinggang,
radang prostat, tekanan darah tinggi dan diabetes.
Beta
Karotena: Beta Karotena yang bersifat antioksidan ini
mengandungi vitamin A yang berfungsi menyihatkan kulit, di samping
membasmi radikal bebas yang berbahaya, meningkatkan keupayaan mental
serta menggalakkan fungsi paru-paru.
Laici:
Laici bukan sahaja bebas daripada kolestrol dan lemak tepu, malah
kaya dengan serat, kalium, vitamin C, vitamin B-kompleks seperti
thiamin, niacin dan folat serta merupakan agen antioksida yang
berperanan membasmi radikal bebas berikutan pencemaran bahan kimia
yang berbahaya kepada tubuh badan. Di samping membantu memelihara
kulit dan merawat jangkitan kuman terutamanya di bahagian intim,
laici mengandungi potassium yang mampu mengawal tekanan darah dan
menggalakkan fungsi jantung, selain zat besi yang penting untuk
penghasilan sel darah merah.
Akar
Ginseng: Herba yang sering ditemui di kawasan sejuk di
Amerika Utara dan Asia Timur ini berperananan menggalakkan
pertumbuhan rambut dan sel-sel kulit kepala, membantu mengekalkan
kelembapan kulit, mengukuhkan rambut, mengatasi masalah kelemumur
dan rambut beruban di samping melancarkan peredaran darah di
bahagian kulit. Ginseng juga mampu melancarkan sistem pencernaan,
merawat gangguan pernafasan, mencegah kanser, menambahkan stamina
serta tenaga zahir dan batin, mengurangkan kadar kolestrol dan
melancarkan peredaran darah.
Minyak
Zaitun: Minyak zaitun juga merupakan ramuan yang penting di
dalam produk ini. Ia mampu mengatasi masalah kulit muka seperti
jerawat, parut, eczema, psoriasis atau melecur. Minyak zaitun juga
berfungsi sebagai anti-penuaan untuk meremajakan wajah sekaligus
berperanan untuk menyeri dan melembutkan lagi kulit wajah anda.
Selain membantu mencantikkan kulit, ekstrak zaitun juga berupaya
membantu mengatasi masalah kelemumur, rambut gugur, uban dan
melembutkan kulit yang kasar, kering dan rosak. Selain itu juga, ia
juga membantu mengurangkan rambut gugur, membekalkan nutrisi kepada
kulit kepala di samping meningkatkan pertumbuhan rambut.
Cekur
(Kaempferia Galanga): Tumbuhan ini berperanan mengatasi
sakit tekak, menambah selera makan serta mengatasi jangkitan
bakteria, selain membuang angin dalam badan.
Cengkih:
Cengkih ternyata mempunyai pelbagai kegunaan untuk kesihatan tubuh
badan manusia. Ia kaya dengan kalsium yang berkesan mencegah
osteoporosis dan mengecutkan otot, serta magnesium yang berperanan
mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, serta melegakan masalah
sindrom pra haid. Antara khasiat cengkih yang lain adalah membasmi
bakteria, membekalkan tenaga zahir dan batin, menstabilkan sistem
pencernaan, mencegah kanser terutamanya pada kulit, paru-paru dan
saluran pencernaan. Cengkih juga mengandungi Eugenol yang bersifat
anti-kulat dan berupaya mengatasi masalah penyakit kulit.
Misai
Kucing: Tumbuhan ini berupaya membantu mengatasi masalah
buah pinggang, sakit belakang, pinggang dan gout. Ia juga berperanan
mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
Ceri
Acerola: Juga dipanggil dengan nama saintifiknya, Malpighia
emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 dan C serta
karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut mengandungi
khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat, muda dan
bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.
Vitamin E:
Pengambilan vitamin E yang konsisten menghasilkan tekstur kulit yang
cantik dan lebih berseri. Ia juga kaya dengan anti-oksida yang mampu
mengurangkan kesan radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan
terhadap bahan kimia yang merosakkan kulit wajah anda. Vitamin E
juga berperanan untuk mengatasi masalah kulit seperti parut jerawat,
jeragat, tompok hitam dan kulit yang kusam selain memelihara,
meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, mencegah proses
penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran sinar
ultraviolet, serta mempercepat proses penyembuhan luka.
Rumpai laut:
Kajian pakar merumuskan bahawa rumpai laut mengandungi mineral, asid
amino, beta-karotein dan protein yang tinggi dan berperanan
mengekalkan kandungan kolagen dalam kulit tubuh. Hasilnya, kulit
menjadi lebih tegang, halus, dan anjal. Rumpai laut juga berupaya
menambah tekstur dan seri kuli, mengurangkan kesan selulit serta
melembapkan kulit.
Aloe Vera:
Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan
dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali
dengan nama Lidah Buaya, ia merangsang penghasilan kolagen dalam
tisu kulit dan mampu merawat masalah kulit dan memudarkan parut yang
masih baru, di samping melembap dan menyegarkan kulit. Ia juga mampu
melegakan rasa sakit, gatal dan mengurangkan pendarahan,
mempercepatkan proses penyembuhan, serta merawat kulit yang kering
dan rosak.
Bilberi:
Bilberi telah digunakan di Eropah sejak bertahun-tahun lamanya untuk
merawat penyakit buah pinggang. Bilberi yang mampu membasmi kulat,
bakteria dan protozoa ini mengandungi anthocyanoside yang merupakan
agen antioksida yang bertindak meningkatkan sel darah merah, serta
mengukuhkan dinding kapilari darah. Selain itu juga, bilberi mampu
menurunkan tekanan darah tinggi, meningkatkan deria penglihatan
serta mengukuhkan lagi tisu badan.
Dong Quai
(Angelica Sinensis): Herba yang kaya dengan vitamin B12,
asid folik, asid folin dan biotin ini sering digunakan dalam bidang
perubatan tradisional Cina untuk menstabilkan hormon estrogen,
meningkatkan kesuburan kaum lelaki dan wanita, mengatasi masalah
kekejangan dan sindrom pra-haid, serta membantu mengurangkan
tekanan. Di samping itu, Dong Quai turut melambatkan penuaan,
meremajakan kulit serta mengatasi masalah kulit seperti ekzema,
rosacea dan neurodermatitis.
Saffron:
Turut dikenali dengan nama Za’faran, ia adalah sejenis bunga yang
mempunyai banyak khasiat dan sering digunakan dalam bidang
perubatan. Saffronn kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 dan
berupaya membantu proses penghadaman, menguatkan daya ingatan,
mencegah kanser, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan
risiko serangan penyakit jantung dan saraf, menambah tenaga, serta
menambah selera makan untuk kanak-kanak.
Daun Teh Hijau: Anti-oksidan
dan polyphenyl yang terdapat dalam teh hijau dapat membantu dalam
meningkatkan metabolisme tubuh disamping meningkatkan tahap oksida
lemak. Juga dikenali dengan nama Latinnya, Camelia Sinensis, teh
hijau mampu meningkatkan tahap tenaga dan kemampuan tubuh untuk
membakar lemak meningkat sebesar 4% dalam tempoh 24 jam setelah
pengambilannya. Disamping itu, ia juga mengatur menghalang
peningkatan gula dalam darah setelah makan, menghalang sel-sel lemak
daripada menyerap glukosa serta dapat membantu dalam pembakaran
kalori.
Cara Penggunaan Platinum Drink V’Asia
Amalkan 1 hingga 2
sudu plastik setiap pagi lalu minum segelas air atau jus buah-buahan
Goncang sebelum
digunakan
Simpan di tempat yang kering dan sejuk selepas
dibuka
Untuk Tempahan Hubungi :
Call/Sms/WhatsApp : 018-6650541
|